About Us

Member Login

Lost your password?

Followers

Archives

Nak Letak Nama Apa kat Baby sulung STAR ni??

Kejayaan Pertama Sekolah Harapan Ialah menyambut kelahiran bayi pertama. Bidan kami bertungkis lumus menyambut bayi berkenaan.ada pelajar kami yang praktikal sambut bayi tersebut.


JASIN: Sekolah Harapan yang menempatkan remaja hamil di sini menyambut kelahiran bayi pertama - lelaki seberat 3.6 kilogram.

Bayi itu dilahirkan pada jam 8 pagi, Isnin lalu di Hospital Jasin, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah itu. "Saya difahamkan bayi itu akan diambil oleh keluarga kepada remaja perempuan itu," katanya kepada pemberita hari ini. Mohd Ali berkata di samping memberi perlindungan kepada remaja hamil, penubuhan sekolah itu juga dapat mengelakkan kes pembuangan bayi.


Sekolah itu mula dibuka pada 17 September lalu, kini menempatkan sembilan lagi remaja yang sedang hamil. Sekolah berasrama itu dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka. -Bernama

P/s: Korang Nak Letak Nama Apa kat baby STAR yang Sulung ini???

Barang Larangan Sekolah STAR

Sekolah STAR merupakan sekolah yang mempunyai pelembagaan nya yang tersendiri. justeru itu, STAR menetapkan beberapa peraturan kepada pelajar sekolah STAR. Berikut merupakan senarai barangan larangan bagi pelajar sekolah STAR..


  1. T-Shirt yang memaparkan wajah lelaki (bagi mengelakkan Pelajar Ghairah)
  2. Majalah Play Boy dan sewaktu dengannya (majalah tersebut merupakan sukatan pelajaran pelajar)
  3. Pisau dan gunting (dikuahatiri menyambut bayi sendirian dan memotong tali pusat bayi sendiri)
  4. Pisang, Terong dan Timun (bagi mengelakkan Monyet Peliharaan Ali Rustam Mencurinya)
  5. Teman Lelaki (mengelakkan berlakunya Keterlanjuran kali ke empat)
  6. Getah Condom (bagi mengelakkan pelajar meniup belon dan sekali gus membuat bising dalam kelas)

Sekolah mengandung: Apabila nasihat ditolak, inilah akibatnya!


Apabila saya mengkritik pembukaan Sekolah Mengandung ramai pengampu Ali Rustam melenting menyatakan bahawa PAS hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat apa-apa. Persoalannya sekarang siapa yang berkuasa di Melaka ini?
PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.
Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.
Pada masa yang sama kerajaan negeri mesti memperbanyakkan kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau, memperbanyakkan sekolah agama, menambah peruntukan untuk progam agama Islam dalam bajet negeri dan sebagainya.
Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.
Cuba tuan-puan melawat Taman Melaka Raya pada malam hari .......sudah pasti tuan-puan akan melihat ianya bagaikan tempat pesta maksiat yang tidak kawal. Hotel-hotel murah yang menjadi tempat melampias nafsu tumbuh bagaikan cendawan tumbuh. Itu semua menjadi tempat maksiat dan zina yang sesetengahnya melahirkan anak luar nikah.....
PAS yang tidak mempunyai kuasa di negeri Melaka ini sememangnya hanya pandai bercakap dan menasihat sahaja kerana kami tidak ada kuasa. Namun kita hendaklah merujuk kepada Hadis Nabi....Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan kuasa, Jika tiada kuasa cegahlah dengan lisan, jika tidak berkuasa dengan lisan bencilah dalam hati....itu adalah selemah-lemah iman.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Sekolah Murid mengandung??


Sekolah murid hamil? Perkara ini merupakan cadangan lama yang telah dibangkitkan semula apabila kes mengenai masalah seks yang melibatkan pelajar sekolah bawah umur. Terkini, Yang Amat Behormat Datuk Seri Ali Rustam yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka telah mencadangkan agar sekolah untuk pelajar yang hamil ditubuhkan. Menurut Ketua Menteri Melaka hal ini adalah kerana ramai anak gadis yang masih menuntut di sekolah mengalami kehamilan bawah umur. Sebelum ini, Datuk Seri Syahrizat mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar memasukkan pendidikan seks di sekolah seperti apa yang saya katakan pada posting sebelum ini.


Sebenarnya, pandangan Ketua Menteri Melaka ini telah dibantah oleh Timbalan Menteri pelajaran II, Datuk Seri Puad Zarkashi. Hal ini merupakan kontradiksi yang berlaku dalam sistem pemerintahan negara kita. Sebenarnya, saya berangapan bahawa tidak wajar untuk mewujudkan sekolah untuk pelajar mengandung tersebut.  Hal ini kerana sekolah tersebut bukan sahaja mengundang banyak lagi pelajar yang melakukan perbuatan yang seks bawah umur bahkan penubuhan sekolah untuk pelajar mengandung ini sekali gus mengangkat para pelajar yang melakukan perbuatan seks bawah umur.

Dengan laporan pembuangan bayi yang kerap kali terpampang di dada akhbar dan peti telivisyen yang mengaitkan orang yang terlibat dengan kes pembuangan bayi tersebut adalah pelajar, apakah cadangan Ketua Menteri Melaka tersebut wajar? Apakah dengan penubuhan sekolah untuk pelajar yang mengandung ini dapat membentras gejala pembuangan bayi yang kian rancak di era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini?

Setakat fakta yang diberikan oleh media, memang tidak dapat dipastikan bahawa orang yang melakukan kes terlanjuran dan pembuangan bayi ini adalah mereka yang masih sekolah lagi. Mungkin orang yang melakukan kes pembuangan bayi tersebut merupakan pelajar Universiti yang terlanjurdan mungkin juga orang yang tidak bersekolah lagi atau sudah tamat zaman persekolahan. Bagaimana dengan mereka ini?? Adakah perlu menteri menyediakan lagi Universiti pelajar mengandung atau menyediakan rumah mengandung seperti rumah orang tua yang mempunyai smaa tujuan dengan rumah orang tua iaitu untuk menjaga orang tua yang diabaikan.

Bagi Penulis, cadangan ini sama sekali tidak masuk akal kerana cadangan ini seolah-olah 'mengajar pencuri untuk mencuri'. Cara yang terbaik ialah menatapkan lagi sistem kurikulum dasar untuk para pelajar agar mereka sendiri mencegah perbuatan yang tidak seharusnya mereka lakukan. Kurikulum di negara kita masih lagi kurang menerapkan nilai murni dan keagamaan yang kuat. Hal ini kerana masih ramai lagi golongan pendidik yang gagal untuk menerapkan nilai tersebut dalam diri pelajar. Pendidik bukan sahaja mengajar subjek tertentu di sekolah bahkan mereka merupakan ejen kepada perubahan minda masyarakat. Justeru itu, langkah yang terbaik untuk diteliti ialah sistem kurikulum di negara kita yang masih lagi carca merba akibat pengaruh politik yang kuat.

Secara tuntasnya, pihak bertangungjawab sama ada ahli akademik, golongan professional dan golongan pemikir harus memberikan pandangan mereka untuk dikemukakan kepada pihak kementerian agar sistem pendidikan di negara kita dapat dimantapkan lagi bagi memastikan mutu pendidikan di negara kita dapat melahirkan modal insan kelas pertama. 

Prasarana Sekolah Termengandung

Pemandangan Hadapan sekolah Termengandung (sekolah harapan)
Sekolah Harapan (sekolah Termengandung Ali Rustam) yang di tubuhkan di Melaka atas cetusan idea daripada Ali Rustam ini telahpun menerima 5 pelajar baru dan ianya akan bertambah lagi dari masa ke semasa. anda semua bolehlah melayari laman sosial Sekolah termengandung di facebook dan twitter.

Chairman of the school board, Ab Rahaman (in green baju Melayu), opening the gates to the School of Hope.

A classroom waiting for students.
No shopping trips for pregnant teens who check into the sparsely-furnished hostel as they will be monitored round the clock.